Wednesday 15 February 2012

HALAL? Apa itu??

Asssalamualaikum....
jabatan yang menuruskan agama islam di malaysia

HALAL membawa erti cara hidup orang Islam yang menitikberatkan toyibban iaitu kesucian, amalan kebersihan dan kehidupan yang sihat.

Islam dengan jelas telah meminta umatnya mengambil sesuatu yang halal dan meninggalkan yang haram. Penyataan ini bukan hanya omong kosong kerana ia dapat dibuktikan berdasarkan firman Allah dan sabda Rasulullah s.a.w seperti dalam Surah Al-Baqarah Ayat 172 yang bermaksud: "Wahai orang beriman, makanlah makanan halal yang Kami kurniakan kepada kamu". 

Namun begitu sesetengah orang berpandangan " buat apa nk makan makanan halal susah lah, mahallah, kolotlah", dan macam-macam lagilah alasan mereka tntang isu ini. Berdasarkan kajian juga syarikat pemasaran makanan yang tidak mengambil berat konsep kehalalan produk makananm mereka dengan menggunakan DNA BABI dalam menghasilkan produk makanan mereka. nak tahu x apa alasan mereka?? "Alah apa bezanya dna apa pown sama ja makanan jugak lagipown molecule babi murah" patutkah semua itu?? bukankah semua itu macam mempersendakan agama ISLAM??Marilah kita renung-renungkan sebagai umat islam.ok berbalik kepada tajuk kita HALAL. Untuk pengetahuan semua sebenarnya, pasaran produk halal bukan saja terhad kepada negara Islam dan penduduk Muslim malah penerimaan terhadap barangan dan perkhidmatan halal kini semakin meluas di kalangan masyarakat bukan Islam. Hal Ini berikutan peningkatan kesedaran terhadap produk halal yang sinonim dengan produk yang selamat, berkhasiat, bersih dan suci. 

Justeru, peluang yang meluas untuk pasaran produk halal seharusnya direbut usahawan, terutama di kalangan usahawan Muslim dengan permintaan produk halal yang tinggi di seluruh dunia. Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Pahang, Abu Samah Shabudin, berkata perkara yang menyedihkan apabila ramai pengeluar makanan halal datang dari negara bukan Islam. Lihatlah betapa ruginya kita sebagai umat islam?? sepatutnya kita sebagai penganut islam mestilah mengusahakannya kenapa pulak agama lain yang kurang mengetahui mengenai isu halal yang lebih berminat?? contohnya saya berikan:

"Pengeluar utama daging dunia adalah dari Brazil, Amerika Syarikat, Argentina, Australia, Kanada, China, India dan New Zealand. 


"di tenggata pula, Thailand sudah membina nama sebagai pengeluar makanan halal. Menurut kajian, usahawan bukan Islam di negara ini lebih menguasai pengeluaran makanan halal, berbanding usahawan Muslim. Namun begitu sebagai rakyat Malaysia saya bersyukur kerana masih ada usahawan islam yang berusaha untuk memajukan pemasaran makanan halal. Sebagai contoh, syarikat milik penuh Bumiputera dari Kedah, Herba Penawar Al-Wahida (HPA) yang terkenal dengan pelbagai produk harian yang halal.

Mari sama-sama kita fikir mengenai isu ini, apa yang berlaku kalu tiada pengusaha beragama islam terus memajukan industri ini??? adakah masih ada produk halal pada masa hadapan??

Sebenarnya makanan halal ini bukan sahaja menjauhkan diri kita dari dosa malah mampu nguatkan iman kita dari melakukan dosa. Hal ini kerana Iman adalah teras pembentukan jiwa dan peribadi Muslim selain pemakanan halal mampu melahirkan Muslim yang sempurna.



jika hendak dibahaskan mengenai topik halal sebenarnya ia terlalu pnjang untuk diperdebatkan kerana ianya bukan sekadar isu penggunaan DNA BABI dalam makanan tetapi ia juga boleh dipandan dan diperhatikan melalui cara peniaga itu memperoleh daging. Kerana mungkin sahaja daging segar yang diperoleh itu tidak disembelih dengan cara yang sempurna dan sesuai mengikut agama islam. 


jestru itu kita sebagai pengguna hendaklah menitik beratkan soal ini dan berwaspada dgn masalah ini.. bak kata orang menyesal dahulu pendapatan menyesal kemuadian tiada gunanya..


Dan satu nasihat kita janganlah kerana wang kita gelap hati dan mengabaikan tanggungjwb kita kerana apa yang akan kita dapat di dunia ini hanyalah sementara kerana yang akan kekal selamanya hanyalah amalan kita untuk ke akhirat kelak..


Na'uzubillah...


rujuklah link ini untuk lebih informasi...http://www.halal.gov.my/v3/
Saya hanya membantu terpulanglah kepada diri kita untuk menentukan..


sekian..

No comments:

Post a Comment